Dunia,Dunia,Dunia!Banyak sungguh cacat celanya,bila kita jatuh tersungkur,sentiasa ada sahaja mata-mata jahat yang gemar melihat kegagalan kita,sudah lumrah dunia sentiasa ada sahaja orang yang tidak berpuas hati dengan apa yang kita perolehi hari ini!
Tidak tercapai jari jemari ini untuk menutup mulut-mulut liar yang berkata kata.
Semoga KAU (yang berkata kata buruk padaku dahulu dan kini),sentiasa mendapat keampunan dari Allah S.W.T.
Ku tadah tangan ini dan berdoa dengan penuh kesabaran kepada Allah S.W.T agar insan seperti mu mendapat pengajaran.
Kau boleh berkata apa-apa sahaja yang ingin di ungkapkan dari mulut yang kononnya manis peta bicara,namun tidak tercapai hasrat mu untuk membuatkan ku jatuh selagiku berlindung dan berdoa pada Allah yang satu :)
Bonda yang selalu berpesan "jangan pedulikan apa yang dikatakan pada mu,bukan mereka yang membesarkan dan memberi rezeki kepada mu,Allah S.W.T maha adil,satu hari mereka akan dapat bahagian masing-masing"
Terima kasih bonda,kata-kata mu itu kan ku ingat sentiasa untuk meneruskan hidup yang berliku-liku ini.
Bagi teman,sahabat,kekasih,cinta,musuh,atau KAU yang baru mula mengenali ku "Cermin diri mu,sebelum mula menilai seseorang''
*Hanya ingin berkata kata pada mu yang mengenali diri ku*
Sunday, March 29
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment